LENCANA PENGEMBARAAN

Lencana Pengembaraan

 Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai mengakui berbagai kegiatan dan aktiviti pengembaraan dengan memperlihatkan tahap tertinggi dalam melaksanakan program dan rancangan pengembaraan tersebut.

A. Pengembaraan
1. Menjalankan salah SATU daripada pilihan pengembaraan berikut:
· Berjalan kaki sejauh 60km (masa bermalam: minima 2 malam)
· Berdayung sampan/rakit/kayak sejauh 30km (masa bermalam: minima 2 malam)
· Berbasikal sejauh 100km (masa bermalam: minima 2 malam)
· Bermotosikal sejauh 500km (masa bermalam: minima 2 malam)
· Berkereta sejauh 800km (masa bermalam: minima 2 malam)
· Berkenderaan awam (bas/kereta api) sejauh 1000km (masa bermalam: minima 2 malam)


* Semua perjalanan di atas hendaklah merangkumi tidak kurang dari 3 perjalanan kecil yang berasingan dan berbeza keadaan geografinya.


B. Laporan Pengembaraan 
1. Menyediakan buku log pengembaraan yang lengkap dan dikemaskini yang disertakan bahan sokongan seperti gambar, lakaran, peta, rakaman video dan menyerahkan kepada penilai di dalam tempoh 15 hari selepas tamat pengembaraan. 
2. Bahan sokongan seperti gambar, gambarajah, peta dan rakaman video dan seumpamanya hendaklah diserahkan kepada Penilai bersama Buku Log Pengembaraan.

C. Persediaan Perjalanan 
1.Setiap pengembaraan perlu ada persediaan dan destinasi hendaklah dirancang terlebih dahulu. 
2.Tempat-tempat sejarah dan rekreasi, perusahaan kampong, penghidupan kelompok kecil, penempatan orang asli dan tempat yang boleh memberi cabaran eloklah dimasukkan ke dalam program pengembaraan.
3.Rancangan pengembaraan hendaklah dipersetujui oleh Ketua Kelana, Ketua Kelana hendaklah memberi nasihat, panduan serta peraturan bagi memastikan pengurusan pengembaraan itu mengikut cara berpengakap. 
4. Mesti mengetahui cara menyediakan Buku Log Pengembaraan. Perkara penting yang wajib ada :-
a. Tarikh, masa, dan tempat, waktu tiba dan waktu berlepas.
b. Pada pengembaraan dan gambaran keadaan alam semula jadi.
c. Rekod temu ramah, kajian, dan pendapat.
d. Projek ( jika dikehendaki membuat projek, lokasi, penyertaan masyarakat, masalah, kejayaan.)
e. Cetusan rasa digambarkan melalui lukisan, foto, rakaman video, puisi, dan sebagainya.
f. Langkah keselamatan hendaklah diutamakan. (penilaian dan risiko)


D. Peringatan 
1. Calon boleh melaksanakan pengembaraan di dalam satu krew di antara 2 hingga 4 orang sahaja. 
Pemakluman Pengembaraan dan kebenaran Pesuruhjaya Daerah serta pihak berkuasa (Polis, Jabatan Hutan.) hendaklah diperolehi sebelum pengembaraan dimulakan. 
2. Calon hendaklah sentiasa menjaga imej Pengakap Kelana dan juga menunjukkan contoh teladan yang baik kepada masyarakat.

E. Kajicuaca 
Calon hendaklah mencatatkan pemerhatian keadaan cuaca di sepanjang pengembaraan dengan format yang lengkap seperti catatan keadaan cuaca semasa. Kedudukan arah angin, bacaan suhu, ketinggian (altitude), jenis awan dan lain-lain yang berkaitan dengannya.

KEMBALI      SETERUSNYA