LENCANA KEAHLIAN

Lencana Keahlian

Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai mengakui bahawa ia adalah seorang Ahli dalam Persaudaraan Pengakap Malaysia dan Sedunia yang luas itu.

Sebelum dilantik menjadi Ahli Kelana dan dianugerahkan Lencana Keahlian, seorang Bakal Kelana akan diuji dalam perkara-perkara berikut, untuk memberi pengetahuan dan kemahiran asas dalam berpengakap. 

1.  Memahami dan menerima Persetiaan & Undang-undang Pengakap.

2.  Dapat menerangkan tujuan Pergerakan Pengakap dan menyedari peranan Pengakap Kelana. 

3.   Mengetahui sejarah Pergerakan Pengakap di Malaysia dan Pergerakan Pengakap Antarabangsa.

4.   Menjalankan kerja-kerja amal kepada masyarakat setempat bersama pasukan seminima enam jam.

5.  Mengetahui cara mengikat dan menggunakan simpulan dan ikatan berikut :

a.    Buku Sila (Reef Knot)

b.    Bunga Geti (Sheet Bend)

c.    Simpul Manuk (Clove Hitch)

d.    Tindih Kasih (Bowline)

e.    Lilit Dua Simpul (Round Turn and Two Half Hitch)

f.     Lilit Pemati Biasa (Common Whipping)

g.    Ikatan Seraya (Square Lashing)

h.    Ikatan Serong (Diagonal Lashing)

6. Mengamalkan ajaran agama masing-masing.