LENCANA ICT

Lencana ICT

(PILIHAN) 


Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai mengakui berbagai kemahiran, kegiatan dan aktiviti luar dengan memperihatkan tahap tertinggi dalam teknologi komunikasi maklumat dan hubungan antarabangsa.

A. Teknologi Maklumat
Menjalankan aktiviti-aktiviti berikut :
· Mengetahui perkara-perkara asas berkenaan pengendalian computer.
· Boleh melayari internet menggunakan enjin pencarian untuk proses pencarian maklumat.
· Menyediakan sebuah persembahan / laporan / log yang sesuai dengan menggunakan perisian-perisian berikut bagi :
o Windows, Linux, Macintosh
o Microsoft Office Word, Excel dan Power Point
· Menghasilkan sebuah persembahan multimedia.
· Menghasilkan dan mentadbir sebuah laman web seminima 3 bulan.
 
ATAU

B. Komunikasi dan Perhubungan
Menjalankan aktiviti-aktiviti berikut :
· Mengirim berita menggunakan Kod Morse (Lampu atau buzzer) dengan kelajuan 15 perkataan seminit.
· Mengirim berita menggunakan isyarat bendera Semaphore dengan kiraan seminima 25 perkataan seminit.
· Lulus peperiksaan Lesen B Radio Amatur yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
 
ATAU

C. Perhubungan Antarabangsa
Melibatkan diri secara aktif di dalam mana-mana aktiviti Kelana peringkat antarabangsa atau menjalankan aktiviti yang menghubungkan persaudaraan di antara Kelana Malaysia dan Kelana-kelana Antarabangsa.

KEMBALI      SETERUSNYA