LENCANA KEMAHIRAN

Lencana Kemahiran

Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana , sebagai mengakui berbagai kemahiran , kegiatan dan aktiviti luar dengan memperlihatkan tahap tertinggi dalam melaksanakan program dan kegiatan seperti berkhemah, projek perintis, ikhtiar hidup dan pandu arah. 

A. Berkhemah
1. Pengetahuan dan kebolehan berkhemah secara teori dan praktikal berdasarkan tajuk-tajuk berikut :
a. Pengurusan dan pentadbiran perkhemahan 
b. Persediaan sebelum, semasa dan selepas perkhemahan
c. Pemilihan tempat dan tapak, penyediaan peralatan dan makanan
d. Jenis khemah dan cara mendirikannya 
e. Dapur, alatan dan Gejet serta kegunaannya
f. Aktiviti dan program perkhemahan 
g. Kesihatan dan kebersihan
h. Aturan Penutupan Perkhemahan 
2.  Nota : Perkara yang perlu dibuat oleh setiap calon: 
     - Berkhemah seminima 10 malam di dalam siri-siri perkhemahan  dan menyediakan laporan perkhemahan.
     - Mendirikan khemah kecil / pondok untuk perlindungan. 

B. Projek Perintis
1.  Mengambil  bahagian  berkumpulan  membuat  SATU  Projek  Perintis  bagi  setiap  kategori  yang dinyatakan di bawah: 
     - Jambatan
     - Menara 
     - Lain-lain (merangkumi projek perintis pengangkutan, permainan  dan selain daripada yang dinyatakan di atas) 
2.  Menyediakan model bagi semua Projek Perintis yang telah dibina dalam bahagian (1)
3. Pengurusan Kuartermaster : Menyatakan, memahami dan menjalankan peranan sebagai Kuartermaster yang menguruskan segala peralatan dan bahan projek perintis supaya berada dalam keadaan baik, teratur dan selamat. 

C. Kawad
Mengetahui tatacara dan hukuman kawad
- Kawad Kaki Pengakap
- Kawad Tongkat Pengakap 
- Mengetahui dan memenuhi segala syarat untuk menjadi seorang Ketua Kawad. 

D. Orienteering
Mengetahui asas orienteering dan dapat mengaplikasikannya di dalam pelbagai siri latihan dan aktiviti yang dijalankan. 

E. Ikhtiar Hidup
Mengetahui asas ikhtiar hidup dan dapat mengaplikasikannya di dalam pelbagai siri latihan dan aktiviti yang dijalankan. 

F.  Penganggaran
Mengetahui system penganggaran dan dapat mengaplikasikannya di dalam pelbagai siri latihan dan aktiviti yang dijalankan.

KEMBALI      SETERUSNYA